Saintis temukan antibodi mampu lumpuhkan koronavirus

0
983

CYBERJAYA – Saintis dari Belanda telah berjaya menemukan antibodi yang mampu melumpuhkan koronavirus daripada menjangkiti sel perumah.

Memetik laporan portal berita Bloomberg, antibodi monoklonal yang diberi kod nama 47D11 itu ditemukan oleh para saintis di Universiti Utrecht dan kejayaan tersebut diterbitkan dalam laporan saintifik Nature Communications, kelmarin.

Bagaimanapun, kajian lanjut masih diperlukan terutamanya melalui ujian klinikal, kata pengkaji tersebut, Doktor Berend-Jan Bosch.

Ujian makmal mengesahkan antibodi tersebut bukan sahaja berkesan terhadap virus Covid-19, tetapi juga terhadap koronavirus yang menyebabkan SARS.

Ia bertindak pada struktur cerucuk pada permukaan koronavirus sekali gus melumpuhkan kemampuannya untuk menjangkiti sel perumah.

Antibodi monoklonal merupakan protein yang dibiakkan di dalam makmal dan menyerupai antibodi yang dihasilkan oleh badan untuk melawan bakteria dan virus.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here