Tiada rumah terbuka Aidilfitri Agong, Perdana Menteri

0
67
MOHD. ZUKI ALI

CYBERJAYA – Kerajaan memutuskan untuk membatalkan beberapa penganjuran majlis rasmi kerajaan tahun ini berikutan negara berhadapan pandemik Covid-19.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Muhd. Zuki Ali berkata, antaranya Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong pada 24 Mei ini iaitu tertakluk kepada pengisytiharan perayaan itu oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Tambah beliau, perkara itu turut melibatkan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang bakal berlangsung pada 24 Mei ini.

“Acara-acara sempena sambutan Hari Pahlawan pada 12 hingga 14 Ogos, sambutan Maal Hijrah peringkat Kebangsaan (19 dan 20 Ogos) dan Maulidur Rasul peringkat Kebangsaan pada 29 Oktober ini turut dibatalkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Walau bagaimanapun kata beliau, sebarang pindaan kepada penganjuran acara dan majlis rasmi kerajaan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here