10.04 juta penerima BPN sudah terima bayaran

0
19
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz

CYBERJAYA – Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata seramai 10.04 juta daripada 10.6 juta penerima permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang diluluskan sudah menerima bayaran keseluruhan sebanyak RM10.78 bilion atau 96.7 peratus daripada jumlah diperuntukkan.

Menurutnya, selebihnya, penerima boleh menuntut di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sehingga 31 Disember ini.

“Keputusan dijangkakan pada pertengahan bulan ini dengan tarikh terperinci akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

“Bagi program i-Lestari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), sehingga 5 Jun lalu, sebanyak 4.1 juta permohonan diluluskan, iaitu peningkatan daripada empat juta sebelum ini. Jumlah pembayaran ini membabitkan RM1.94 bilion sebulan,” katanya pada perkongsian khas di Facebook rasminya
mengenai pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) di Facebook, hari ini.

Zafrul berkata, bagi langkah pengurangan caruman KWSP oleh pekerja daripada 11 peratus kepada tujuh peratus, sehingga 5 Jun lalu, lebih 5.7 juta pekerja memilih untuk meneruskan pengurangan caruman mereka.

Katanya, jumlah pengurangan caruman yang telah diterima ahli KWSP sehingga ini adalah RM1.87 bilion. Jumlah pencarum yang memilih untuk mengekalkan caruman pada kadar 11 peratus kini sebanyak 1.85 juta, berbanding 1.7 juta sebelum ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here