250 tetamu dibenarkan untuk majlis akad nikah

0
22

CYBERJAYA – Had 250 orang tetamu pada satu-satu masa untuk majlis sosial turut terpakai untuk majlis akad nikah.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebelum ini ramai yang keliru dengan jumlah tetamu untuk majlis akad nikah.

“Ramai yang keliru dan menyangka majlis akad nikah masih menggunakan prosedur operasi standard (SOP) lama dengan had tetamu 20 orang sahaja.

“Pengumuman sebelum ini mengenai 250 tetamu dibenarkan untuk majlis perkahwinan dan bertunang sebenarnya turut terpakai untuk majlis akad nikah,” katanya dalam sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Menurut Ismail Sabri, Mesyuarat Khas Menteri juga bersetuju untuk membenarkan jumlah tetamu tidak melebihi 250 orang pada satu-satu masa bagi majlis jamuan perkahwinan di rumah ibadat dan persatuan agama bukan Islam.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here