300 kakitangan Media Prima terima notis pemberhentian

0
209

KUALA LUMPUR – Kira-kira 300 kakitangan Media Prima Bhd (Media Prima) semalam menerima notis pemberhentian kerja daripada majikan dengan tarikh akhir perkhidmatan pada 31 Julai ini.

Syarikat konglomerat itu dalam kenyataan dikeluarkan semalam (29 Jun 2020) mengumumkan pemberhentian dilakukan sebagai inisiatif mengatasi ketidakcekapan kos akibat pertindihan tugas.

“Sebelum ini, Media Prima mengumumkan akan melaksanakan fasa transformasi perniagaan yang seterusnya.
“Perubahan yang mengganggu dalam sektor media dan keadaan ekonomi makro yang mencabar ini dijejaskan lagi oleh faktor pemboleh ubah yang tidak diketahui akibat pandemik Covid-19,” jelas kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, faktor-faktor itu memaksa syarikat mempercepatkan pelaksanaan fasa transformasi yang merangkumi semakan semula model pendapatan dan pengurusan kos yang bersesuaian.

“Inisiatif-inisiatif ini melibatkan perubahan operasi di unit-unit terpilih untuk mengatasi ketakcekapan kos yang timbul dari pertindihan kerja,” kata kenyataan itu.

Media Prima turut menyebut, keputusan itu adalah susulan perbincangan antara pihak pengurusan dan wakil daripada lima kesatuan sekerja.

“Ini adalah pemberhentian pusingan kedua selepas pemberhentian pada Mac lalu yang melibatkan 543 kakitangan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here