Covid-19: 37 kes baharu, 1 kematian

0
57
Kes positif mengikut negeri setakat 6 Jun 2020.

CYBERJAYA – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 37 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini dengan pertambahan satu korban baharu.

Menurutnya, pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif positif Covid-19 di negara ini sebanyak 8,304 kes.

“Pertambahan kes kematian ke-117 itu melibatkan seorang wanita warga emas berumur 79 tahun

“Beliau merupakan kontak rapat kepada kes positif Covid-19 ke 1,508. Beliau mempunyai gejala bermula pada 18 Mac 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada 26 Mac setelah disahkan positif wabak itu Covid-19.

“Beliau disahkan meninggal dunia pada 5 Jun pukul 2.05 petang. Ia merupakan kes ke 2,296,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia di sini hari ini.

Noor Hishan berkata, terdapat 25 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj hari ini.

Katanya, ia menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan telah dibenarkan keluar wad iaitu sebanyak 6,635 kes atau 79.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Daripada 37 kes baharu yang dilaporkan, lapan kes adalah import dari luar negara manakala daripada 29 kes penularan di dalam negara, 19 kes adalah bukan warganegara dan 10 kes adalah di kalangan warganegara Malaysia.

“Sehingga kini, seramai lima kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Daripada jumlah tersebut, tiada kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here