Covid-19: Dua kes positif baharu dilaporkan

0
41

CYBERJAYA – Hanya dua kes positif Covid-19 baharu dilaporkan setakat hari ini, dengan masing-masing satu kes di Selangor dan Sabah.

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu kenyataan berkata, jumlah kes yang masih aktif dan dikategorikan sebagai mempunyai kebolehjangkitan adalah sebanyak 164.

Dan daripada jumlah itu, sebanyak 4 kes dirawat di unit rapi rapi (ICU) dengan satu kes diberi bantuan pernafasan.

Pertambahan dua kes ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif yang dilaporkan dalam negara kepada 8,639 kes.

Angka kematian kekal kekal 121 kerana tiada kes kematian dilaporkan setakat ini.

Sementara itu, jumlah pesakit yang telah sembuh dan didiscaj daripada hospital adalah seramai 20 orang, menjadikan keseluruhan kes sembuh kepada 8,354.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here