Covid-19: Saintis belum tahu kesan keradangan dalam kanak-kanak

0
24
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Para saintis masih belum mengetahui sama ada sindrom keradangan akibat koronavirus SARS-CoV-2 yang menjangkiti kanak-kanak boleh menyebabkan kerosakan kekal pada penghidapnya.

Menurut laporan AP, dua kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Perubatan New England semalam, menyebut sekurang-kurangnya 285 kanak-kanak di Amerika Syarikat (AS) menghidap keradangan yang dikenali sebagai sindrom keradangan pelbagai sistem, dengan 6 daripadanya maut.

Di seluruh dunia, dilaporkan seramai 1,000 kanak-kanak dijangkiti sindrom yang disebabkan oleh koronavirus yang menyebabkan Covid-19, kata jurnal itu lagi.

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) simptom keradangan ini termasuk:

1) dijangkiti Covid-19 atau terdedah kepada koronavirus SARS-CoV-2;
2) demam dengan suhu 38 darjah Celcius selama sekurang-kurangnya 24 jam;
3) perlukan hospitalisasi kerana demam yang tinggi;
4) mempunyai kesan keradangan dalam ujian darah;
5) sekurang-kurangnya dua tanda masalah organ seperti jantung, paru-paru, kulit dan sistem saraf.
6) masalah pencernaan termasuk muntah dan cirit- birit;
7) mempunyai simptom seperti dijangkiti virus Kawasaki, seperti ruam di mulut, kaki dan tangan.

“Sekurang-kurangnya 35 negeri (di AS) melaporkan insiden jangkitan seperti ini dalam kalangan kanak-kanak,” kata Dr. Adrienne Randolph dari Hospital Kanak-Kanak Boston.

Beliau menambah, kesemua kanak-kanak yang didokumenkan di dalam kes dilaporkan adalah penghidap Covid-19 dan tidak mempunyai apa-apa risiko sebelum dijangkiti.

Namun, 80 peratus daripada penghidap sindrom ini mula menunjukkan masalah pada jantung, termasuk aneurysm koronari yang boleh menyebabkan maut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here