Covid-19: Setengah juta diarah berkurung

0
74

CYBERJAYA – Pihak berkuasa China memerintahkan lebih setengah juta penduduk sebuah wilayah berhampiran ibunegaranya berkurung di rumah.

Langkah ini adalah bagi membendung satu kluster baharu Covid-19 daripada menular lebih luas.

Laporan AFP yang memetik kenyataan pegawai kesihatan tempatan berkata, wilayah Anxin, yang terletak kira-kira 150km dari Beijing dikenakan perintah yang sama seperti di Wuhan pada ketika kemuncak wabak itu beberapa bulan lalu.

“Keadaan (perintah) ini sama seperti apa yang pernah kami lakukan di Wuhan sebelum ini,” kata pegawai tersebut yang enggan dikenali.

Sementara itu, sebanyak 7 kes positif baharu dilaporkan di Beijing, hari ini.

Satu daripada kes yang dilaporkan tidak menunjukkan sebarang simptom.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here