Doakan kejayaan Kring!

0
41

Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM

CYBERJAYA – Selepas menjuarai 4th Festival International Du Film Sur Les Handicap 2020 (FIFH) dalam kategori, Kring! kini terpilih menyertai dua lagi festival filem.

Menerusi kenyataan dalam akaun Facebook Brainy Bones Studios mengumumkan filem pendek yang dihasilkan syarikat itu terpilih menyertai Zebra Animation Friendly Festival 2020 di Slovenia dan Kuala Lumpur International Film Festival in the Sky 2020 (KLIFFS).

“Sentiasa ikuti akaun Facebook kami untuk mengetahui keputusan pernyertaan Kring! di kedua-dua festival ini.

“Mari tonton Kring! untuk capai satu juta tontonan di YouTube melalui https://www.youtube.com/watch?v=hixR_PrSg8I&t=3s,” katanya.

Kring! mengangkat kisah seorang guru bernama Cikgu Suraya yang berusaha mendidik seorang anak muridnya yang gagal dalam mata pelajaran Matematik.

Enggan melihat anak muridnya itu berterusan gagal, Cikgu Suraya mengambil inisiatif sendiri mengajar menggunakan pelbagai teknik supaya anak murid istimewanya itu mampu menguasai Matematik sama seperti murid yang lain.

Bagi mereka yang masih belum pernah mendengar mengenai kehebatan animasi ini, apa kata anda luangkan masa sedikit menonton sendiri hasil kreatif anak Melayu ini.

Kring! boleh ditonton menerusi aplikasi YouTube dan bagi mereka yang mahu mengikuti perkembangan animasi ini boleh ke akaun Facebook Brainy Bones.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here