Fasa Pemulihan: Apa tugas kita

0
39

KELUK jangkitan Covid-19 di negara kita makin menurun, dengan jumlah kes positif makin menurun dan terkawal.

Pada ketika ini, Kerajaan telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di mana hampir semua sektor ekonomi dan sosial dibuka semula, dengan syarat patuh pada SOP yang ditetapkan.

Apa peranan kita sewaktu PKPP ini?

Perlu diingatkan, kita belum menang lagi, Covid-19 belum dihapuskan 100 peratus.

Seperti saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pematuhan SOP merupakan senjata utama melawan wabak ini.

Saya dan anda semua mempunyai tanggung jawab untuk sama-sama mematuhi saranan KKM, dan tidak menggagalkan pengorbanan yang telah dilakukan sebelum ini.

Jangan anggap situasi sudah pulih sepenuhnya. Apa yang kita lalui sekarang, hanyalah perasaan ‘euphoria’ yang wujud setelah terlalu lama terkurung di rumah.

Kita ambil sahaja contoh, mengenai nasihat KKM tentang membawa kanak-kanak dan warga emas ke pusat beli belah, yakni lokasi tumpuan awam.

Walaupun hanya nasihat, kita seharusnya akur kerana dua golongan ini merupakan kumpulan berisiko terjejas.

Adakah kena tunggu sampai Kerajaan isytiharkan nasihat ini sebagai larangan baru nak ikut? Nak kena tunggu ada yang didenda dulu, baharu akur?

Sendiri mau ingatlah…

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here