Israel dilanda gelombang kedua Covid-19

0
257

BAITULMAQDIS – Negara haram Israel kini berdepan dengan gelombang kedua wabak Covid-19 yang memaksa rejim kerajaan itu memperkenalkan langkah pencegahan lebih ketat.

Agensi berita Anadolu melaporkan, Menteri Kesihatan Israel, Yuli Edelstein berkata, pelaksanaan pencegahan itu dilakukan untuk mengurangkan kemungkinan impak daripada aktiviti keramaian yang sebelum ini dilonggarkan.

“Kita kini dilanda gelombang kedua Covid-19. Kita harus memperkenalkan sekatan baharu merangkumi aktiviti mesyuarat, upacara perkahwinan dan tempat ibadat Yahudi,” kata Edelstein.

Menurut data kementerian, seorang meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lalu dan 218 kes baharu disahkan.

Pada Khamis lalu, Israel merekodkan 668 kes baharu dalam tempoh sehari, jumlah harian tertinggi sejak 3 April, manakala 819 orang lagi didiagnosis.

Setakat ini, Israel melaporkan sebanyak 23,755 kes jangkitan termasuk 318 kematian dan 17,074 pesakit sembuh.

Sejak pertama kali dikesan di Wuhan, China pada Disember lalu, virus itu telah menular ke sekurang-kurangnya 188 negara dan wilayah. Amerika Syarikat, Brazil dan Rusia negara paling teruk diancam.

Lebih 500,000 orang di seluruh dunia menjadi korban dengan hampir 10.1 juta kes disahkan dan lebih 5.1 juta pesakit sembuh, menurut data Johns Hopkins University.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here