Jangan terlalu selesa, sentiasa beringat

0
45
GAMBAR HIASAN

SUASANA dalam negara berikutan wabak Covid-19 kini sudah menghampiri paras normal.

Ketika ini, kita semua berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga 31 Ogos nanti, dengan hampir semua sektor mula dibuka kembali secara berperingkat.

Kes jangkitan baharu kelihatan makin berkurangan, dengan hari ini hanya 4 kes positif dilaporkan, yang mana hanya satu merupakan kes jangkitan tempatan dilaporkan di Johor.

Walaupun nampak berkurangan dan berjaya dikawal, jangan kita lupa bahawa kealpaan dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) masih boleh mendedahkan kita kepada risiko untuk dijangkiti.

Pertubuhan Kesihatan Antarabangsa (WHO) memberi amaran kepada negara yang telah melonggarkan perintah kawalan pergerakan supaya berjaga-jaga kerana jangkitan baharu masih boleh berlaku.

Memetik laporan AFP hari ini, Pengarah WHO Eropah, Hans Kluge berkata, kes mingguan di benua tersebut mula bertambah kembali apabila negara anggotanya mula melonggarkan sekatan.

Ada kemungkinan, norma hidup orang Asia yang mementingkan disiplin kendiri dan patuh pada arahan kerajaan menyebabkan trend ini tidak berulang di sini.

Terus berwaspada, amalkan gaya hidup bersih, dan kekal patuh pada SOP seperti memakai pelitup muka dan amalan penjarakan sosial.

Cakcibor hari ini mungkin umpama sebuah ‘radio rosak’, asyik dok ulang benda yang sama je.

Kita cuma mengingatkan, kerana ‘kita jaga kita’. Jangan terlalu mudah dibuai perasaan ‘selamat’ ini, takut-takut ia hanyalah satu ‘false security’.

Sendiri mau ingatlah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here