Kanak-kanak dibenarkan dibawa ke kompleks beli belah, taman permainan

0
387
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

CYBERJAYA – Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tiada sebarang tindakan akan dikenakan terhadap mana-mana ibu bapa yang membawa anak mereka keluar untuk beriadah atau ke kompleks beli-belah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilaksanakan.

Beliau berkata, ini kerana tiada tindakan undang-undang berkaitan perkara itu diwartakan sepanjang tempoh PKPP berkuat kuasa.

Namun begitu, beliau mengingatkan bahawa golongan kanak-kanak adalah berisiko tinggi untuk dijangkiti Covid-19.

“Sekarang ini sudah boleh, kita tiada larangan untuk kanak-kanak beriadah dan keluar.

“Peringatan kita janganlah berhimpun beramai-ramai di kawasan riadah, perlu ada penjarakan sosial dan jangan berhimpit serta patuhi prosedur operasi standard (SOP),” katanya dalam sidang akhbar harian mengenai PKPP hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan ibu bapa supaya menjaga keselamatan anak masing-masing ketika berada di taman permainan mahupun kompleks membeli belah.

Sementara itu, menjawab dakwaan segelintir pihak yang mengatakan kanak-kanak tidak dibenarkan melihat dunia, katanya, dakwaan itu adalah tidak benar.

“Sudah lama kita benarkan mereka melihat dunia, cuma ibu bapa perlu pastikan anak dijaga dengan baik supaya terhindar daripada Covid-19,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here