Kes Covid-19 meningkat, Trump terus berkempen

0
282
Donald Trump

NEW YORK – Presiden Donald Trump akan mengadakan kempen di Tulsa, Oklahoma Jumaat depan sempena pilihan raya Presiden, di tengah-tengah kebimbangan mengenai peningkatan penularan wabak Covid-19.

Memetik laporan agensi berita Xinhua seperti dipetik Harian Metro, kempen yang bakal diadakan di Tulsa BOK Center itu ketika Amerika Syarikat (AS) bergelut memerangi wabak Covid-19, menyaksikan kes di beberapa negeri terus melonjak ketika perniagaan dibenar beroperasi semula.

Perhimpunan besar-besaran masih dilarang di beberapa negeri lain.

Kes Covid-19 di AS melepasi dua juta, menurut data Johns Hopkins University dan lebih 113,000 pesakit meninggal dunia.

Kempen terakhir Trump diadakan di Charlotte, Carolina Utara pada 2 Mac lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here