[VIDEO] Malakat Mall berpotensi masuk Kedah

0
373
Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim ketika berkunjung ke Malakat Mall, Cyberjaya. – Gambar FARID JANUDIN

RAUDHAH CITY – Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berhasrat membawa idea perniagaan Malakat Mall ke Kedah bagi memberi peluang kepada lebih ramai usahawan di negeri tersebut berniaga di dalam pusat beli belah.

Abdul Azeez berkata, beliau sangat tertarik dengan konsep yang dibawa oleh pusat beli belah BMF itu kerana memberi peluang dan ruang kepada semua usahawan Muslim untuk menempatkan barangan mereka di dalam ‘mall’ tanpa banyak kerenah birokasi.

“Saya akan bawa perkara ini ke Kedah dan berbincang dengan Menteri Besar Kedah yang juga kebetulan sahabat kami untuk mewujudkan Malakat Mall di negeri Kedah.

“Ini kerana melalui usaha ini usahawan-usahawan bumiputera akan diberi peluang yang begitu lumayan dalam konteks perniagaan di samping semua produk dijual adalah berlandaskan Islam,” katanya kepada Malakat Tribune hari ini.

Terdahulu, beliau bersama lebih 100 usahawan BMF dari seluruh negara menghadiri Hari Bersama Vendor di Malakat Mall di Cyberjaya.

Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim ketika berkunjung ke Malakat Mall, Cyberjaya. – Gambar FARID JANUDIN

Mengulas lanjut, Abdul Azeez berkata, idea untuk mewujudkan pusat beli belah yang menjual 100 peratus produk BMF pernah dirancang ketika beliau menjadi Pengerusi Tabung Haji.

Namun begitu, katanya, idea tersebut tidak sempat direalisasikan berikutan perubahan kerajaan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan kewujudan pusat beli belah yang menjual 100 peratus produk buatan dan milik usahawan Muslim bukan bersifat rasis tetapi ia adalah usaha untuk membantu umat Islam.

Antara sebahagian usahawan Muslim yang hadir sempena Hari Bersama Vendor di Malakat Mall

“Saya amat tertarik dengan idea Malakat Mall dan niat saya datang ke sini adalah untuk membantu sedikit dari segi idea yang ada supaya tidak berkarat. Saya berharap juga Malakat Mall bukan hanya wujud di setiap negeri di Malaysia tetapi juga di setiap daerah-daerah.

“Pada masa sama, saya berharap usaha ini mendapat keberkatan daripada Allah dan boleh perkasakan dari konteks perniagaan umat Islam.

“Malah, Rasulullah juga menggalakkan umatnya berniaga, jadi saya berharap semua pihak dapat memberikan sokongan kepada pusat beli belah ini,” ujarnya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here