Malakat Mall : Kedai barangan elektrik dibuka tidak lama lagi

0
91

RAUDHAH CITY – Malakat Mall bakal memiliki kedai barangan elektrik yang berkonsepkan rangkaian popular seperti Harvey Norman dalam masa terdekat.

Menurut pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim berkata, peluang itu terhasil selepas seorang pemilik kedai elektrik bersetuju untuk menjual perniagaan yang diusahakan kepada beliau.

“Alhamdulillah! Insya-Allah kita akan ambil alih kedai barangan elektrik ini dan mewujudkan jenama kedai elektrik di Malakat Mall.

“Kawan lama dan ‘supplier’ saya, Wong sekarang dah nak bersara daripada buat kedai elektrik ini.

“Saya sebenarnya nak minta tolong dia bantu bekalkan barangan tetapi dia kata ‘Eh you beli company saya sajalah’,” katanya menerusi akaun Facebook miliknya hari ini.

Pada masa sama, beliau menjelaskan, membeli perniagaan sedia ada adalah cara terpantas memulakan sesebuah perniagaan.

“Banyak bisnes yang saya buat dengan membeli perniagaan sedia ada. Ia cara terpantas untuk mulakan perniagaan tersebut dan percepatkan proses pembelajaran bisnes itu.

“Doakan kedai baharu elektrik anda punya melalui saham Koperasi Pembangunan Pengguna Islam (KoPPIM) akan berjaya dan menjadi pilihan utama pengguna Islam Malaysia,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here