Media sosial sebagai sumber utama berita, akhbar makin malap

0
114

BARU-BARU ini Cakcibor terjumpa Laporan Berita Digital 2020, sebuah analisa mengenai trend perolehan maklumat dan berita yang dihasilkan oleh Reuters Institute dan Universiti Oxford.

Bagi Malaysia, seramai 2013 responden telah ditemubual, dengan majoritinya tinggal di kawasan bandar, dan 81 peratus daripada jumlah tersebut mempunyai capaian internet yang memuaskan.

Laporan ini antara lain mendedahkan, sumber utama maklumat dan berita bagi responden pada 2020 adalah dari online (86 peratus) diikuti media sosial (70 peratus), televisyen (50 peratus) dan bahan cetak (30 peratus).

Jika dibandingkan dengan keputusan 2017, segmen televisyen dan bahan cetak menunjukkan penurunan ketara, masing-masing jatuh 7 dan 15 peratus.

Bagi media sosial, segmen ini menunjukkan kenaikan sebanyak 3 peratus berbanding tahun 2017.

Sebagai seorang pengamal media yang pernah bernaung di bawah satu jenama akhbar cetak, Cakcibor akui dapatan ini secara langsung telah dijangka sejak beberapa tahun kebelakangan ini, berdasarkan jumlah jualan akhbar yang makin menurun.

Suka atau tidak, pencetak akhbar harus mengakui hakikat ini, bahawa produk mereka bukan lagi sumber utama berita.

Peralihan sumber berita dari medium cetak ke atas talian bukanlah sesuatu yang baharu, kerana semua akhbar utama di negara mempunyai portal dan akaun media sosial sendiri.

Perlu diingatkan, kandungan bahan masih sama, iaitu berita, yang bezanya cara pengolahan berita tersebut dan diberi tambah nilai seperti video dan rakaman suara.

Zaman berubah, begitu juga cara penyampaiannya. Ingat, kandungan yang ingin disampaikan masih sama, cuma caranya sahaja berbeza.

Jadi, berubah lah sebelum zaman menjadikan akhbar tidak relevan lagi.

Sendiri mau ingatlah…

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here