Muhamad Muhaidin individu pertama mengundi semasa pandemik Covid-19

0
48

CHINI – Koperal Muhamad Muhaidin Haripen menjadi individu pertama yang mengundi di pusat undi awal di Balai Polis Chini sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini.

Menurut perkongsian laman Facebook Polis Pahang, Muhamad Muhaidin juga merupakan individu pertama di Malaysia yang mengundi semasa pandemik Covid-19 melanda negara kita dan seantero dunia.

“Proses pengundian yang baru, norma baru, segala prosedur operasi standard (SOP), peraturan dan penjarakan sosial sangat ketat apabila pusat undi awal ini dibuka dan dikawal ketat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” katanya.

Difahamkan, Muhamad Muhaidin bertugas di Balai Polis Chini.

Turut hadir meninjau suasana proses undi awal di Balai Polis Chini ialah Timbalan Ketua Polis Pahang, DCP Datuk Mohd. Yusri Basri.- MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here