Pemain bintang Barcelona ‘berbalah’ dengan jurulatih, persoal taktik di tempat lawan

0
46
QUIQUE SETIEN

CYBERJAYA – Pemain bintang Barcelona dilaporkan ‘berbalah’ dengan jurulatih kelab, Quique Setien berikutan keputusan seri 2-2 dengan Celta Vigo, Sabtu lalu.

Akhbar tempatan Marca melaporkan, ‘perbalahan’ ini berlaku di bilik persalinan, apabila terdapat para pemain bertaraf bintang yang tidak dinamakan, mempersoalkan keputusan taktikal Setien di sepanjang perlawanan tersebut.

Kegagalan mendapatkan mata penuh menyebabkan kelab Catalan itu berjaya dipintas oleh Real Madrid yang mengalahkan Espanyol 1-0, awal pagi tadi.

Gol kemenangan Madrid dijaringkan oleh Casemiro itu sudah cukup buat Madrid memintas Barcelona mengungguli persada liga dengan kelebihan dua mata, dengan baki enam lagi perlawanan.

Penyerang Uruguay, Luiz Suarez yang meledakkan dua gol Barcelona dalam perlawanan Sabtu lalu itu berkata, para jurulatih sepatutnya dipersalahkan di atas rekod buruk bermain di tempat lawan.

Setakat ini, Barcelona hanya menang dua daripada enam perlawanan di tempat lawan.

“Peranan para jurulatih adalah menganalisa situasi seperti ini. Kami hanya berikan yang terbaik di atas padang.

“Dan pada waktu ini, kami gagal mendapatkan mata penuh di tempat lawan lawan, berbeza daripada musim-musim sebelum ini,” kata Suarez.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here