Pengeluar permainan video dunia pamer ‘solidariti’ protes di AS

0
23

CYBERJAYA – Syarikat-syarikat pembangun dan penyedia platform permainan video dunia menangguhkan pelancaran kemas kini terbaharu permainan video sebagai tanda ‘solidariti’ dan memberi ruang kepada protes besar-besaran di Amerika Syarikat (AS).

Activision, pengeluar permainan video Call of Duty (COD) baru-baru ini mengumumkan penangguhan kemas kini bagi tiga siri permainan iaitu ‘COD: Modern Warfare’, ‘COD: Mobile’ dan ‘COD: Warzone’.

Tindakan itu sebagai menghormati dan menyatakan sokongan kepada protes yang menular seluruh AS berikutan tindakan tidak berperikemanusiaan anggota polis yang menyebabkan kematian seorang lelaki kulit hitam, George Floyd, di Minneapolis, Minnesota, baru-baru ini.

“Kemas kini bagi tiga permainan video COD akan diumumkan tidak lama lagi. Sekarang bukanlah masa yang sesuai. Sekarang adalah masa untuk ‘mereka’ yang memperjuangkan kesamarataan, keadilan dan perubahan didengari dunia,” katanya Activision melalui ciapan akaun Twitter milik pembangun permainan video itu.

Langkah sama turut dilakukan Electronic Arts (EA Sports) bagi permainan video ‘American Football’, ‘Madden NFL21’.

Dalam pada itu, Sony Playstation turut menjadualkan semula pelancaran peranti terbaharunya Sony Playstation 5 yang dijadual berlangsung esok sebagai memberi peluang kepada ‘suara’ yang lebih penting.

“Kami memahami keterujaan pemain di seluruh dunia menantikan PS5, tapi kami tidak merasakan ini masa yang baik untuk meraikannya kerana kami mahu suara lebih penting didengari,” kata Sony Playstation melalui ciapan Twitter rasminya. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here