Persidangan APEC diadakan secara maya – New Zealand

0
19

CYBERJAYA – Kerajaan New Zealand memutuskan Sidang Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) pada tahun ini diadakan secara maya.

Menurut laporan portal The Guardian, perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Luar, Winston Peters dalam satu sidang akhbar, hari ini.

“Kami terpaksa membuat keputusan sekarang kerana penganjuran sidang ini memerlukan persiapan rapi dari segi logistik dan keselamatan

“Dan berdasarkan situasi semasa, penganjuran satu persidangan yang memerlukan kehadiran ramai jemputan berprofil tinggi dari luar negara adalah kurang praktikal,” kata Peters.

Peters turut menambah, Covid-19 turut memberi kesan yang amat besar terhadap jalinan hubungan diplomasi antarabangsa.

Persidangan APEC menghimpunkan ketua-ketua negara Asia Pasifik bersama pemimpin Amerika Syarikat, China, Jepun, Rusia dan Australia duduk semeja membincangkan hal ehwal ekonomi serantau dan ini merupakan kali pertama dianjurkan oleh New Zealand dalam masa 22 tahun.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here