Sigma dijangka perkenal lensa telefoto terbaharu

0
23

CYBERJAYA – Pengeluar lensa alternatif bagi pelbagai jenama kamera, Sigma mengumumkan akan melancarkan lensa terbaharunya, DG DN OS’ 100-400 mm f 5-6.3 dalam masa terdekat.

Lensa telefoto itu direka khusus untuk sistem kamera mirrorless bingkai penuh keluaran Sony dan Panasonic.

Khabar gembira kepada pengguna yang membolehkan pengguna mendapatkan lensa telefoto pada harga lebih berpatutan berbanding jenama pengeluar itu diumumkan blog fotografi, Nokishita melalui ciapan Twitter awal minggu ini.

Sementara itu, laman Sony Alpha Rumors turut mendakwa lensa yang bakal diumumkan itu nanti mempunyai saiz lebih kecil dan ringan berbanding lensa Sony 100-400mm f / 4.5-5.6 G Master.

Lensa Sigma ini dijangka ditawarkan pada harga jualan runcit sekitar RM4,200. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here