Suka atau tidak, terpaksa

0
315

HARI ini, Cakcibor ada terbaca satu laporan mengenai kadar pengangguran negara yang diramal meningkat.

Laporan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) itu menjangkakan, kadar pengangguran akan mencecah empat peratus berbanding 3.2 peratus semasa krisis kewangan Asia pada 1997 dan 3.7 peratus ketika kegawatan ekonomi pada 2018.

Laporan itu turut menyebut, 79 peratus daripada perniagaan tidak dapat beroperasi semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan hasil jualan menurun.

Pandemik Covid-19 yang melanda dunia bukan sahaja menjejaskan nyawa, tetapi juga sektor ekonomi, kerana langkah pengawalan yang digunapakai oleh kerajaan, iaitu PKP tidak memungkinkan kita berlegar-legar seperti biasa di luar.

Cakcibor pasti, jika ada cara lain yang boleh digunakan oleh kerajaan untuk menangani wabak ini, pasti cara itu akan digunapakai, namun PKP terbukti SATU-SATUNYA langkah yang paling efektif dalam memelihara nyawa masyarakat.

Suka atau tidak, terpaksa.

Sebagai seorang bekas penganggur ‘paksa rela’, apabila tempat Cakcibor bekerja sebelum ini ditutup tahun lepas, keperitan yang pernah dilalui amat memedihkan. Terpaksa lalu juga, walaupun ada keluarga yang perlu disara.

Dan pada yang masih mempunyai pekerjaan, kerjalah elok-elok, ikut peraturan yang ditetapkan majikan.

Benar, ada majikan yang terpaksa melakukan pemotongan gaji, tapi kita sebagai pekerja perlu memahami ‘the bigger picture’ kenapa langkah itu terpaksa dibuat.

Apa yang dapat disimpulkan adalah situasi yang kita hadapi sekarang merupakan langkah ‘softening the impact’ akibat pandemik Covid-19.

Walaupun keputusan yang dibuat oleh, sebagai contoh, kerajaan dan pihak majikan dilihat umpama menekan masyarakat dan para pekerja, semuanya sudah dicerakinkan sebaiknya oleh mereka yang berada di tampuk pimpinan.

Apapun, akhir kalam, Cakcibor ingin berpesan supaya hargailah kesihatan, keluarga dan pekerjaan yang kita ada sekarang.

Sendiri mau ingatlah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here