Tabung kebajikan dilancar bantu mangsa kemalangan pemandu mabuk

0
54
Masridzi Sat menyampaikan sumbangan kepada Zahlawati Dahlan sambil diperhatikan Mohd. Nor Izzat Johari(dua dari kiri) di Kuala Lumpur hari ini.

CYBERJAYA – Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela) akan melancarkan tabung kebajikan untuk mangsa-mangsa pemandu mabuk yang menggemparkan negara sejak kebelakangan ini.

Naib Pengerusi Pembela, Mohd. Nor Izzat Johari berkata, kemalangan melibatkan pemandu mabuk perlu dipandang serius oleh kerajaan.

“Pembela juga telah diberi keizinan untuk mengikuti kes perbicaraan ini sehingga keluarga mendapat pembelaan,” katanya dalam hantaran akaun Facebook miliknya hari ini.

Terdahulu beliau bersama pemimpin Pembela menziarahi balu Allahyarham Mohamed Zaili Mohamed, Zahlawati Dahlan di kediaman wanita itu hari ini.

Sumbangan itu disampaikan Naib Pengerusi Pembela, Masridzi Sat yang mewakili Pengerusi Pembela, Aminuddin Yahaya kepada Zahlawati.

Allahyarham Mohamed Zaili maut selepas dilanggar kenderaan yang dipandu pemandu mabuk di Lebuh Raya Sultan Iskandar di ibu negara pada 1 Jun lalu.

Mohd. Nor Izzat atau lebih dikenali Cikgu Izzat Johari menambah, pihaknya juga mewujudkan Tabung Kebajikan BMF Malaysia bagi membantu mangsa yang terlibat dalam kemalangan membabitkan pemandu mabuk.

“Sumbangan boleh disalurkan dengan meletakkan perkara Mangsa Pemandu Mabuk melalui akaun Bank Islam 06055010031067 (BMF NC),” ujarnya. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here