Tanggung sendiri kos saringan Covid-19

0
272

CYBERJAYA- Bermula hari ini, rakyat Malaysia yang pulang dan warga asing yang memasuki negara ini perlu menanggung sendiri kos saringan Covid-19.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pengecualian hanya diberi kepada tiga kategori iaitu orang kelainan upaya (OKU), pegawai kerajaan yang pulang atas tugasan rasmi dan pelajar yang pulang dari luar negara buat kali pertama.

“Setibanya di pintu masuk negara, setiap rakyat Malaysia dan warga asing perlu menanggung sendiri kos saringan Covid-19 namun kerajaan bersetuju memberikan pengecualian kepada tiga kumpulan.

“Pertama OKU yang mempunyai kad dikeluarkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Kedua adalah pegawai kerajaan yang kembali atas tugasan rasmi dan ketiga, pelajar yang pulang dari luar negara dan mereka perlu mengemukakan bukti pengajian,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar harian Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) Covid-19 di Putrajaya hari ini.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here