Tempuhilah perjalanan dengan tenang

0
39

Alhamdulillah..setelah lebih tiga bulan berperang, penularan Covid-19 dalam negara kini dilihat menunjukkan perkembangan yang positif dan negara kini telah beralih ke fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Ini semua atas hasil kerjasama rakyat Malaysia bagi memastikan pandemik ini tidak terus berleluasa di negara ini.

Ternyata, rakyat memberi komitmen sepenuhnya terhadap pematuhan operasi prosedur standard yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

Setelah beberapa ketika memendam rasa untuk pulang ke kampung halaman, kini semua rakyat Malaysia bebas melepaskan kerinduan terhadap ke dua orang tua tersayang di kampung masing-masing.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam menjangkakan jumlah kenderaan di lebuh raya dan jalan utama di seluruh negara akan bertambah pada Jumaat hingga Ahad ini.

Ini kerana orang ramai dipercayai akan mengambil peluang pulang ke kampung sempena Syawal ini.

Jadi apa yang penulis ingin tekankan di sini, sama-samalah kita menggunakan lebuh raya dengan dengan pemanduan yang berhemah.

Kita telah berjaya mengharungi penularan wabak Covid-19 bersama, jadi untuk kali ini kerjasama semua pengguna jalan raya juga diperlukan bagi memastikan perjalanan anda ke destinasi masing-masing berjalan dengan lancar.

Jangan terlalu mementingkan diri kerana kesannya bukan akan hanya memudaratkan diri sendiri malah, pengguna jalan raya yang lain juga mungkin akan terkesan.

Kes Covid-19 sudah berkurangan, jangan pula statistik kemalangan jalan raya pula bertambah..jadi marilah kita bersama-sama tempuhi apa sahaja keadaan aliran trafik dengan tenang dan berhemah..

Semoga kepulangan anda memberikan keceriaan kepada orang yang tersayang..

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here