WHO gesa pengeluaran dexamethasone dipertingkatkan

0
38
TEDROS ADHANOM GHEBREYESUS

CYBERJAYA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggesa pengeluaran steroid dexamethasone dipertingkatkan bagi merawat pesakit Covid-19 yang kritikal.

Menurut portal The Guardian, Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus dipetik sebagai berkata, permintaan terhadap ubat itu semakin meningkat susulan laporan ujian keberkesanan ubat tersebut dalam rawatan kes-kes kritikal Covid-19 diterbitkan oleh pihak United Kingdom (UK).

Dalam ujian yang dijalankan oleh pasukan dari Universiti Oxford tersebut, sebanyak 2,000 pesakit kritikal dirawat menggunakan steroid tersebut, dan hasil ujian mendapati kadar kematian dalam pesakit dapat dikurangkan kepada 35 peratus.

“Walaupun data yang diperoleh masih pada peringkat awal, dapatan yang menunjukkan dexamethasone mampu mengurangkan kadar kematian dalam kalangan kes kritikal Covid-19 perlu diraikan,” kata Tedros dalam satu sidang akhbar virtual di Geneva, Switzerland, semalam.

“Cabaran seterusnya adalah penghasilan (dexamethasone) secara besar-besaran dan memastikan bekalannya dapat diagihkan pada (negara) yang amat memerlukan,” kata beliau lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here