14 direman kesalahan pelanggaran SOP

0
64

CYBERJAYA – Sebanyak 14 orang ditahan reman daripada penahanan 96 individu kerana kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) berkaitan aktiviti kelab malam.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata, dalam Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam, sebanyak 165 individu ditahan.

Katanya, selain 96 yang ditahan berkait aktiviti pub, dua lagi ditahan kerana melakukan aktiviti dengan melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan sosial manakala 67 lagi berkait aktiviti yang melanggar SOP.

“Sebanyak 61,727 pemeriksaan diadakan di seluruh negara semalam (4 Julai 2020) bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Sebanyak 2,745 Pasukan Pematuhan yang melibatkan 12,789 anggota telah membuat pemantauan di 3,786 pasar raya, 5,498 restoran serta 1,733 penjaja, 1,007 kilang, 3,569 bank dan 741 pejabat kerajaan.

Juga 1,204 terminal pengangkutan darat, 259 terminal
pengangkutan air serta 88 terminal pengangkutan udara telah dipantau oleh Task Force Operasi Pematuhan.

Sementara itu bagi kawalan bersepadu sempadan negara,
Operasi Benteng melibatkan PDRM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM).

PDRM telah membuat 70 Sekatan Jalan Raya Operasi Benteng di seluruh negara dan memeriksa 47,782 kenderaan bagi mengekang kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) terutamanya di lorong-lorong tikus.

“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi-agensi penguatkuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong-lorong tikus,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here