53 motosikal, 8 kereta hangus terbakar

0
106
Motosikal yang hangus terbakar dalam kejadian awal pagi ini

CYBERJAYA – Penduduk di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gombak Setia, Kuala Lumpur hari ini gempar apabila berlaku kebakaran melibatkan kenderaan yang diletakkan di kawasan tempat letak kenderaan.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pukul 5.05 pagi.

Katanya dalam kebakaran itu, sebanyak 53 motosikal dan lapan kereta musnah.

Keadaan motosikal yang hangus terbakar

“Seramai 24 anggota bersama empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Wangsa Maju, BBP Gombak Selatan dan BBP Setapak dikejarkan ke lokasi.

“Sebaik tiba, kami mendapati api sedang marak dalam kebakaran itu yang membabitkan 53 motosikal serta lapan kereta diletakkan di kawasan tempat letak kenderaan di perumahan berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, kebakaran itu menyebabkan semua motosikal terbabit hampir 100 musnah, manakala 60 hingga 80 peratus kerosakan bagi lapan kereta berkenaan.

“Kebakaran itu berjaya dikawal oleh anggota bomba bertugas jam 5.25 pagi dan padam sepenuhnya jam 5.47 pagi,” ujarnya.

Sementara itu, katanya, dalam kejadian itu tidak membabitkan mangsa dan punca kebakaran masih dalam siasatan.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here