Arab Saudi umum ibadat haji bermula 29 Julai ini

0
20
Petugas sedang melakukan pembersihan kawasan tawaf di keliling Kaabah.

RIYADH – Ibadat haji di Mekah pada tahun ini yang telah dihadkan kepada 1,000 orang umat Islam ekoran pandemik Covid-19 akan bermula pada 29 Julai ini, menurut pengumuman pihak berkuasa Arab Saudi.

Jumlah penglibatan umat Islam dari seluruh dunia dalam menunaikan ibadah yangberlangsung selama beberapa hari itu pada kebiasaannya mencecah angka 2.5 juta orang.

Sebagai langkah pencegahan Covid-19, pihak berkuasa akan melaksanakan peraturan dan protokol lebih ketat termasuk meletakkan had umur para jemaah sehingga 65 tahun sahaja dan hanya membenarkan mereka yang tidak berpenyakit.

“Perhimpunan di Padang Arafah iaitu kemuncak ibadat haji jatuh pada Khamis,” kata Saudi Press Agency (SPA) yang memetik Mahkamah Tertinggi negara itu.

Pada bulan lalu, kerajaan Arab Saudi mengumumkan pelaksanaan ibadat haji yang hanya akan melibatkan jumlah jemaah yang kecil berikutan pandemik Covid-19.

Sehingga kini, negara itu merekodkan 253,349 kes positif dengan 2,523 kematian iaitu negara dengan kadar kematian tertinggi dalam kalangan negara-negara di rantau Teluk.

Laporan daripada sumber pengawai haji Arab Saudi sebelum ini melaporkan sebanyak 70 peratus daripada para jemaah haji tahun ini dibuka kepada warga asing manakala selebihnna untuk rakyat negara itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here