AS bolot stok ubat remdesivir

0
310
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Kerajaan Amerika Syarikat (AS) difahamkan telah membeli semua stok ubat remdesivir bagi tiga bulan akan datang.

Keputusan ini menyebabkan negara-negara lain, termasuk Eropah, tidak akan mendapat sebarang bekalan ubatan yang dikenal pasti sebagai salah satu daripada dua ubatan yang dikatakan mujarab bagi melawan Covid-19.

Menurut portal the Guardian, tindakan ‘tamak’ ini menyebabkan para pakar mula menilai kesannya pada masa akan datang, terutamanya apabila vaksin Covid-19 yang berkesan dapat dihasilkan.

“Kini, hanya mereka (AS) yang mempunyai bekalan (remdesivir) itu,” kata Dr. Andrew Hill dari Universiti Liverpool.

Remdesivir yang dikeluarkan oleh firma Gilead telah disahkan oleh badan pengesahan perubatan AS bagi merawat Covid-19.

Ujian klinikal yang dijalankan sebelum ini menunjukkan penghidap yang dirawat menggunakan ubat ini pulih dengan lebih cepat.

Dalam ujian tersebut, sebanyak 140,000 dos telah diedarkan di seluruh dunia, dan difahamkan telah habis digunakan.

Pihak AS kini telah membeli kesemua 500,000 dos iaitu kesemua kapasiti keluaran syarikat farmaseutikal tersebut bagi bulan Julai hingga September.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here