Barangan milik peniaga warga asing disita DBKL

0
215
Sayur milik warga asing yang disita DBKL

CYBERJAYA – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini menyita barangan milik empat peniaga warga asing yang menjalankan aktiviti penjajaan di sekitar Jalan Raja Bot.

Menurut DBKL, serbuan itu yang dilakukan oleh 10 petugas DBKL dibuat atas maklumat daripada orang awam.

“Tindakan pada pukul 11 pagi telah melaksanakan sejumlah empat sitaan terhadap penjaja warga asing penjual sayur,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, kesemua barangan sitaan tersebut telah dibawa ke Stor Sitaan DBKL di Jalan Lombong, Cheras.

Dalam pada itu DBKL berkata, pihaknya akan terus mengempur aktiviti penjaja warga asing dari semasa ke semasa.

Sehubungan itu, katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti berkenaan boleh terus menghubungi Pusat Panggilan Setempat DBKL di talian 1 800 88 3255.

Selain itu, katanya, orang ramai juga boleh terus ke Pejabat-Pejabat Cawangan DBKL jika mempunyai maklumat mengenai aktiviti penjajaan atau perniagaan yang dijalankan oleh warga asing.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here