Barisan EOS 5D ditamatkan

0
48
Model terakhir Canon EOS 5D.

CYBERJAYA – Canon dilapor ‘membatu nisankan’ barisan model kamera DSLR Canon EOS 5D yang pernah menjadi antara pilihan terbaik jurugambar profesional dan amatur di seluruh dunia.

Sejak diperkenalkan pada penghujung tahun 2005 (EOS 5D), pengeluaran model itu dilaporkan berakhir dengan model terakhirnya, 5D Mark IV.

Pengumuman yang dipetik dari portal Canon Rumors itu didakwa dibuat atas permintaan yang lebih tinggi dan popular terhadap kamera mirrorless keluaran Canon.

Keputusan membatalkan pengeluaran 5D Mark V itu juga dikaitkan dengan penurunan permintaan pada pasaran keseluruhan kamera akibat pandemik Covid-19.

Sebelum ini, peminat jenama itu meramalkan versi terbaharu Canon EOS 5D bakal berada di pasaran pada pertengahan tahun ini.

“Kami dimaklumkan siri EOS 5D akan menerima nasib yang sama seperti EOS 7D. Pembangunan model baharu (5D) dikatakan telah pun dihentikan,” kata Craig Blair dari Canon Rumors.

Selepas bangkit daripada ‘kekalahan awal’ dalam peperangan sistem mirrorless, Canon kini bangkit dengan barisan model mirrorless profesionalnya iaitu EOS RP yang menyaksikan jenama itu kembali ke ‘gelanggang’.

Penguasaan semula segmen mirrorless oleh Canon kini memberi tamparan hebat kepada gergasi mirrorless seperti Sony dan Fujifilm. -MT

SISTEM mirrorless melalui EOS R/RP yang mengembalikan kepercayaan pengguna kepada Canon.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here