Brainy Bunch bawa misi bantu anak-anak golongan B40

0
49

RAUDHAH CITY – Peneraju bidang pendidikan awal kanak-kanak, Brainy Bunch akan bekerjasama secara strategik dengan Kementerian Pendidikan dan pengusaha taska mini dalam usaha untuk menyediakan pendidikan berkualiti kepada kanak-kanak berusia enam tahun ke bawah.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Brainy Bunch, Mohd. Fadzil Hashim berkata, kaedah tersebut merupakan salah satu cara untuk membantu golongan B40 mendapatkan pendidikan awal yang berkualiti kepada anak-anak mereka.

“Fakta, 50 peratus daripada para pelajar yang meninggalkan sekolah adalah daripada kalangan B40. Ini adalah kerana mereka tidak mempunyai asas pendidikan awal kanak-kanak yang baik.

“Salah satu cara untuk membantu nasib golongan B40 ialah dengan memberi pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti,” katanya dalam satu hantaran dalam laman Facebook miliknya hari ini.

Terdahulu, beliau menghadiri mesyuarat bersama Menteri Pendidikan, Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin dan Pengerusi Brainy Bunch, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir di pejabat Menteri Pendidikan di Putrajaya.

Mohd. Fadzil berkata, mesyuarat tersebut diadakan sebagai misi untuk membantu golongan B40 mendapatkan pendidikan awal yang berkualiti kepada anak-anak mereka.

Selain mempunyai montesori Brainy Bunch, peneraju pendidikan awal kanak-kanak itu turut mempunyai Tadika Rakyat yang khusus untuk memberikan perkhidmatan pendidikan berkualiti kepada kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun daripada keluarga isi rumah B40.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here