Covid-19: 10 kes baharu dilaporkan, 3 akibat penularan tempatan

0
98

CYBERJAYA – Jumlah kes baharu jangkitan Covid-19 dalam negara kembali mencecah dua angka apabila sebanyak 10 kes dilaporkan, hari ini.

Bagaimanapun, menurut Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu kenyataan tadi, hanya 3 daripada kes dilaporkan melibatkan penularan tempatan dengan 7 lagi merupakan kes import.

Pertambahan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 dalam negara kepada 8,658 kes.

Dalam pada itu, terdapat 76 kes dikategorikan sebagai masih aktif dan sedang menerima rawatan di hospital, dengan dua daripadanya dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dan terpaksa diberi bamtuan pernafasan.

Sementara itu, sebanyak 15 kes telah dikategorikan sebagai telah sembuh dan didiscaj dari hospital.

Angka keseluruhan kes sembuh di Malaysia kini adalah 8,461.

Tiada kes kematian baharu dilaporkan, menjadikan angka kematian keseluruhan akibat pandemik tersebut kekal 121 orang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here