Covid-19: Agong mahu rakyat lebih berdisiplin patuhi SOP

0
16
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah supaya rakyat mematuhi semua garis panduan yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia berikutan pembukaan lebih banyak sektor.

Menurut titah yang disiarkan melalui laman Facebook rasmi Istana Negara itu, Al-Sultan Abdullah mahu rakyat agar berdisiplin dengan mempraktikkan amalan dan norma baharu serta kawalan kendiri bagi mengekang penularan Covid-19.

“Seruan baginda berikutan pembukaan lebih banyak sektor sosial dan prasekolah, tabika serta tadika kerajaan dan swasta yang dibenarkan beroperasi bermula hari ini,” menurut hantaran itu.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memasuki hari ke-106 dan hari ke-22 Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hari ini menyaksikan lebih banyak sektor ekonomi termasuk subsektor pelancongan dibenarkan beroperasi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here