Covid-19: Kes global lepasi 13.5 juta

0
16

CYBERJAYA – Jumlah kes Covid-19 di seluruh dunia kini sudah melepasi angka 13.5 juta, kata The Guardian.

Menurut portal itu, angka teraebut diperoleh dari Universiti Johns Hopkins yang memantau dan mengumpul data kes pandemik dari negara-negara yang terjejas.

Setakat ini, jumlah keseluruhan kes adalah sebanyak 13,504,553, dengan 582,743 kematian.

Pada minggu lepas, angka kes positif adalah sebanyak 12 juta, dan berdasarkan data baharu ini, pertambahan kes baharu sudah melebihi 200 ribu sehari.

Lebih suku daripada angka baharu kes harian ini datangnya dari Amerika Syarikat (AS), yang dalam 10 hari kebelakangan ini melaporkan antara 55,000 ke 67,000 kes baharu secara harian.

10 negara paling terjejas
1) AS – 3,495,537
2) Brazil – 1,966,748
3) India – 936,181
4) Russia – 745,197
5) Peru – 337,751
6) Chile – 321,205
7) Mexico – 311,486
8) Afrika Selatan – 311,049
9) United Kingdom – 293,469
10) Iran – 264,561

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here