Covid-19: Kes terus bertambah, 15 kes baharu dilaporkan

0
79
NOOR HISHAM

CYBERJAYA – Kes Covid-19 dalam negara terus bertambah apabila sebanyak 15 kes positif baharu lagi dilaporkan setakat tengah hari tadi.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, empat daripada kes tersebut merupakan kes import manakala 11 lagi akibat jangkitan tempatan.

“Pecahan kes jangkitan tempatan adalah sembilan kes di Sarawak, dengan masing-masing satu di Selangor dan Sabah,” kata Noor Hisham dalam satu sidang akhbar, sebentar tadi.

Laporan baharu ini menjadikan angka keseluruhan kes positif yang telah dilaporkan di dalam negara kepada 8,815.

Sementara itu, sebanyak tujuh kes telah disahkan sembuh dan didiscaj dari hospital, menjadikan angka keseluruhan kes sembuh kepada 8,562.

Setakat ini, terdapat 130 kes yang masih aktif dan kesemuanya telah diasingkan bagi rawatan.

Daripada jumlah itu, empat kes sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi, dengan satu diberi bantuan pernafasan.

Angka kematian kekal 123 setakat ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here