Covid-19: Korea Selatan lapor lebih 60 kes baharu tiga hari berturut-turut

0
58

CYBERJAYA – Korea Selatan hari ini melaporkan pertambahan 61 kes positif baharu Covid-19 di seluruh negara.

Ini merupakan hari ketiga berturut-turut di mana kes baharu yang dilaporkan melebihi 60 sehari.

Menurut laporan Associated Press (AP), pada Jumaat dan Sabtu, negara tersebut melaporkan kes baharu sebanyak 63 kes sehari.

Pusat Kawalan Penyakit dan Pencegahan Korea (KCDC) dalam satu kenyataan berkata, 43 daripada kes yang dilaporkan hari ini melibatkan penularan tempatan, dengan hampir kesemua kes melibatkan kawasan metropolitan Seoul, dan di bandar Gwangju dan Daejeon.

Kes selebihnya merupakan kes import.

Setakat ini, jumlah keseluruhan kes positif dilaporkan di Korea Selatan adalah 13,091, dengan 283 kes kematian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here