Covid-19: WHO hentikan ujian guna ubat malaria dan ubatan HIV

0
24

CYBERJAYA – Pertubuhan Kesihatan Antarabangsa (WHO) telah menghentikan ujian rawatan menggunakan ubat malaria dan kombinasi ubatan HIV ke atas pesakit Covid-19 setelah prosedur tersebut didapati gagal mengurangkan kadar kematian.

Menurut portal The Guardian, WHO menjalankan ujian penggunaan ubat hydroxychloroquine dan kombinasi ubat HIV lopinavir/ritonavir di beberapa buah negara yang tidak dinamakan.

Pengumuman ini tiba pada waktu jumlah kes positif baharu di seluruh dunia sudah melepasi angka 200,000 dalam sehari.

Pada Jumaat, sebanyak 212,326 kes positif baharu diumumkan di seluruh dunia, dengan Amerika Syarikat menyumbang 53,213 kes.

“Ujian interim menunjukkan hydroxychloroquine dan lopinavir/ritonavir menghasilkan sedikit atau langsung tiada pengurangan pada kadar kematian setelah dibandingkan dengan standard jagaan.

“Oleh itu kami mengarahkan negara yang terlibat supaya menghentikan ujian tersebut serta merta,” kata WHO dalam satu kenyataan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here