Fahami erti pengorbanan sebenar

0
55

APA Khabar Orang Kita…Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha buat semua, dalam menjalani hidup di dunia ini kita harus melakukan pengorbanan.

Boleh dikatakan tanpa pengorbanan adalah sayu kehidupan yang gagal, dalam kata lain dalam mendepani kehidupan yang baik kita memerlukan pengorbanan.

Tidak kira dalam sudut dan aspek mana, berkorban dalam Islam adalah mencari sesuatu yang lebih baik misalnya berkorban dalam mencari rezeki.

Untuk yang belum tahu, korban berasal daripada perkataan Arab iaitu udhiyah. 

Ia menjurus kepada peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim yang sanggup mengorbankan sesuatu yang amat mereka sayangi iaitu anaknya, Nabi Ismail demi kasih dan cinta kepada Allah.

“Ini adalah nilai pengorbanan yang cukup tinggi di sisi Allah kerana ia bukan sahaja menguji kesabaran Nabi Ibrahim tetapi menduga sejauh mana ketakwaan Nabi Ibrahim.

“Sebagai orang Islam yang beriman, elakkan perasaan rugi dan sia-sia atas pengorbanan yang dilakukan kerana sesungguhnya Allah akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik.

Dalam Islam, Allah menggalakkan umatnya memiliki sifat berkorban demi membantu orang yang kurang bernasib baik.

“Oleh itu, dalam melakukan sesuatu pengorbanan, jangan menganggapnya sebagai sia-sia tetapi sebagai satu cara untuk mendapat peluang yang lebih baik. 

Allah menjanjikan ganjaran pahala kepada mereka yang sanggup melakukan pengorbanan dan beramal kebajikan kepada mereka yang memerlukan bantuan.

konsep mengorbankan binatang pada hari-hari tasyrik, secara idealnya adalah lambang kepada sebuah pengorbanan yang menuntut makna tersirat di sebalik yang tersurat.

“Jika dikaitkan ibadah korban dengan realiti semasa hari ini, kita boleh dianggap gagal sekiranya tidak dapat berkorban untuk orang lain walaupun mampu untuk mengorbankan seekor lembu atau unta.

“Dalam konteks ini, kita harus memperbetulkan persepsi dalam masyarakat. Ramai yang mampu mengorbankan binatang tetapi dalam erti kata sebenar tidak dapat menjiwai pengertian korban.

“Sudah sampai satu tahap, umat Islam jangan hanya sekadar membaca sejarah dan kisah mengenai Nabi Ibrahim sebaliknya melihat erti pengorbanan dalam konteks yang lebih luas.

Semoga bermanfaat.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here