[Galeri] Jualan ikan segar NEKMAT di Taman Wahyu dapat sambutan luar biasa

0
127

Promosi jualan ikan segar anjuran Persatuan Nelayan Kebangsaan Malaysia (NEKMAT) di Taman Wahyu mendapat sambutan luar biasa daripada orang ramai.

Pusat Jualan Ikan dan Produk Hasil Lauk NEKMAT di Taman Wahyu itu mula dipenuhi pelanggan sejak pukul 7.30 pagi lagi dan rata-rata mereka adalah merupakan penduduk warga kota.

Sebanyak 23 spesies hasil laut dijual pada hari ini dengan harga mampu milik atau potongan sehingga 25 peratus untuk pelanggan.

Kesemua hasil laut berkenaan diambil terus daripada nelayan yang berdaftar dengan persatuan nelayan di kawasan dan negeri bahagian utara seperti Kuala Perlis, Kuala Kedah selain Melaka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here