Itu bukan Zoo, Itu Dewan Rakyat kita

0
112


APA Khabar Orang Kita…Pada Isnin lalu Dewan Rakyat kembali bersidang setelah tertangguh beberapa bulan akibat pandemik Covid-19 dan ia juga buat kali pertama setelah peralihan kerajaan.


Seperti dijangka pengisian perbahasan sangat ‘panas’ dengan pelbagai agenda dan juga usul yang dibawa oleh kedua-dua blok termasuk pertukaran Yang diPertua Dewan Rakyat.


Umum tahu blok pembangkang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim manakala kerajaan dipimpin oleh Perdana Menteri, Tan Sri Munyiddin Yassin dalam setiap perbahasan dan jawapan balas.


Beberapa hari bersidang, kita dapat saksikan gelagat dan karenah Ahli Parlimen di Dewan Rakyat, ada bertikam lidah, tuduh menuduh dan menampakkan wajah sebenar mereka.


Mereka tahu diri menjadi tontonan rakyat, tetapi ia tidak diendahkan dan situasinya sentiasa tegang. Bagaimanapun di luar Parlimen mereka boleh duduk semeja menikmati secangkir kopi.


Itu lah politik, maka tidak hairan jika pada hari pertama Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baharu, Datuk Azhar Azizan @ Harun sudah menyatakan ‘itu bukan Zoo, itu Dewan Rakyat kita.


Kenyataan itu mungkin kerana berlaku pertikaman lidah dan sindiran antara kedua-dua blok, ia jelas ‘menghiburkan’ untuk masyarakat saksikan akan tetapi ia jelas menunjukkan wajah sebenar pemimpin.


Bagi yang dewasa mungkin anggap itu perkara biasa kerana sudah banyak kali melihat aksi sedemikian namun, bagi generasi baharu mungkin ia agak keterlaluan.


Jika boleh, elakkan untuk golongan bawah umur menyaksikan di kaca televisyen, bukan mahu halang mereka ikuti perkembangan semasa tetai bagi mengelak mereka terikut-ikut.


Bagaimanapun, dalam politik semestinya begitu mesti ada watak yang menonjol di Parlimen untuk pertahankan parti dan juga ‘bos’ masing-masing selain membela diri.


Kita sering dapat melihat wajah-wajah menonjol ini dan mereka sebenarnya memainkan peranan dengan baik dan tidak kurang pemimpin yang mencelah tanpa bangun.


Yang mencelah tanpa bangun dari kerusi ini sebenarnya mungkin hanya ‘geng tambah garam’ atau tambah perisa sahaja tetapi tidak berani berdepan dengan mereka berwajah ‘garang’.


Apa-apa pun, berhujahlah secara ilmiah dan jika ada kesepakatan yang baik, laksanakanlah demi kesejahteraan dan kedaulatan negara selain menjamin yang terbaik untuk rakyat.


Apa yang baik kita sama-sama sokong dan perkara yang tidak mendatangkan keuntungan dan merugikan negara dan rakyat perlu dibahaskan sebaik mungkin.


Kita sebagai rakyat, hanya mampu mendoakan agar Malaysia terus aman damai dengan adanya pemimpin-pemimpin yang berkaliber dalam merancang ke arah lebih baik.


Ingat wahai pemimpin semua, selepas ini kuasa akan kembali ke tangan rakyat…Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) rasanya sudah tidak lama, guna peluang yang ada untuk buktikan anda yang terbaik.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here