[VIDEO] Jamu Aura Kasih untuk kekal bertenaga

0
120
Masnita Osman

SEBAHAGIAN besar masyarakat kita mengenali jamu sebagai makanan ubat-ubatan tradisional yang diamalkan oleh golongan wanita untuk kekal cantik.

Bagaimanapun bagi generasi muda hari ini, pengambilan jamu boleh dikatakan sesuatu yang agak asing kerana dikhuatiri mengandungi bahan terlarang yang memudaratkan kesihatan.

Namun bagi Masnita Osman, makanan kesihatan yang diperkenalkan oleh kawannya pada tahun lalu sama sekali berbeza dengan tanggapannya terhadap istilah ‘jamu’ yang selama ini dipegang.

Selepas mencuba sendiri produk Jamu Aura Kasih, beliau merasakan perubahan yang ketara terutamanya dari segi tenaga dan kecergasan harian.

“Saya sudah mencuba pelbagai produk makanan tambahan sebelum ini tetapi tiada yang memberi kesan seperti Jamu Aura Kasih.

“Sebelum ini saya selalu cepat mengah, lemah dan lesu terutama apabila terlebih penat.

“Tapi selepas mencuba sendiri minuman jamu ini, saya rasa seperti badan kembali bertenaga sepanjang hari,” katanya.

Masnita berkata, selepas menyedari potensi produk berkenaan dan keinginan rakan-rakan untuk mencuba selepas diberitahu mengenai khasiatnya, beliau mengambil keputusan untuk menjadi ejen.

Bermula sebagai ejen kira-kira setengah tahun lalu, beliau kini bergelar master stokis dan merupakan salah seorang daripada usahawan yang berniaga di Malakat Mall.

Beliau yang merupakan pemilik restoren itu berkata, kesan positif yang berlaku pada dirinya selepas pengambilan jamu itu membuatkan beliau terpanggil untuk berkongsia khasiat dengan kawan-kawannya.

“Saya memang sudah lama tercari-cari produk suplimen untuk kekal cergas. Selepas mencuba Jamu Aura Kasih saya rasa seperti keremajaan dikembalikan.

“Selepas menilai pelan perniagaan produk ini saya mengambil keputusan menjadi ejen kerana ia mudah dijual,” katanya.

Tambahnya, berbeza dengan kebanyakan produk lain di pasaran, Jamu Aura Kasih mempunyai rasa jus buah-buahan dan didatangkan dalam pek pembungkusan yang mudah dibawa ke mana-mana selain boleh terus diminum.

Masnita berkata, antara khasiat lain jamu itu adalah menguatkan ingatan, melancarkan peredaran darah, mencantikkan kulit dan mengatasi masalah insomnia.

“Khasiat lain termasuk membantu wanita mengatasi masalah-masalah seperti keputihan, senggugut dan memejalkan payu dara.

“Kandungan utama jamu ini adalah kurma, delima, estrak oren, manjakini, markisa dan kunyit putih. Ia tidak mengandungi bahan kimia dan pengawet,” katanya.

Setiap kotak mengandungi 15 paket (15ml) yang dijual pada harga RM79 dan RM89 untuk Sabah dan Sarawak.

“Ia boleh dimakan oleh wanita dan lelaki bermula daripada usia 13 tahun kecuali wanita mengandung dan golongan yang mengidap buah pinggang.

“Cara memakannya adalah dua kali sehari iaitu setiap pagi sebelum sarapan dan setiap malam sebelum tidur.

Masnita berkata, produk yang sudah berada di pasaran sejak lebih setahun itu kini sudah dipasarkan ke luar negara seperti di Brunei, Indonesia dan Singapura.

Orang ramai yang berminat untuk menjadi ejen atau stokis boleh menghubungi Masnita di talian 019-7118500.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here