Jangan main api kalau takut terbakar

0
38

SEHINGGA kini Cakcibor berasa hairan dengan ‘permainan’ setengah pihak yang seperti suka mencabar kedaulatan negara.

Jika kedaulatan Malaysia dipermainkan oleh pihak asing, Cakcibor tak berapa hairan sangat, tapi dilakukan sendiri oleh individu-individu yang mengaku lahir dan membesar di dalam Malaysia.

Apa ke susah sangat nak paham, Jata Negara, sama seperti Jalur Gemilang, lagu Negaraku, Rukunegara dan Perlembagaan, itu semua merupakan identiti negara tumpah darah kita.

Tak kira apa bangsa atau agama sekalipun, menghormati identiti negara dimana kita dilahirkan dan bergelar warga negara, merupakan satu tanggung jawab dan kewajipan.

Jika perbezaan fahaman politik menjadi isu sekalipun, kenapa perlu sampai permainkan identiti negara?

Dan seperti biasa, tindakan berunsur provokasi ini biasanya akan diakhiri dengan permintaan maaf si pelaku, dan disertakan alasan kebudak-budakan.

Adakah kita masih perlu berlembut dan bagi muka pada individu atau entiti yang suka-suka hati mempermainkan kedaulatan negara?

Sendiri mau ingat lah…

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here