Kanak-kanak tiga tahun maut tercekik rambutan

0
53

BALING- Kanak-kanak berumur tiga tahun maut selepas dipercayai tercekik rambutan di Kampung Belakang Masjid, Bukit Selambau di Baling pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Syed Basri Syed Ali berkata, dalam kejadian kira-kira pada pukul petang itu, mangsa, Muhammad Hakim Amsyar Mohd Kasturi makan rambutan yang dikait bapanya.

Syed Basri berkata, ketika kejadian, bapa mangsa bersama ahli keluarga lain sedang mengait buah rambutan di depan rumah datuk mereka di Bukit Selambau.

“Ketika kejadian, mangsa tiba-tiba berlari ke arah abangnya sambil menjerit serta memegang leher.

“Bapanya cuba menepuk belakang mangsa tetapi tidak berhasil,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro hari ini.

Beliau berkata, mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Kuala Ketil namun disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan.

“Kes diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut (SDR),” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here