Kes baharu Covid-19 semakin menaik di China

0
165
Pasukan perubatan sedang melakukan ujian palitan kepada salah seorang penduduk di bandar Dalian, China. – AGENSI

CYBERJAYA – Negara China merekodkan kes positif baharu Covid-19 tertinggi sejak Mac lalu apabila sebanyak 127 kes dilaporkan, semalam.

Menurut portal The Guardian, pecahan kes baharu ini melibatkan 123 kes jangkitan tempatan dengan empat kes import.

Peningkatan kes di negara tersebut semakin menaik sejak Isnin (68), 101 pada Selasa dan 105 pada Rabu.

Majoriti kes yang dilaporkan berada di daerah Xinjiang dengan 112 kes.

Bandar tersebut kini diletakkan dalam kawalan ketat dengan penggantungan sistem pengangkutan awam dan penerbangan, dan kawalan pergerakan yang ketat di beberapa daerah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here