#KitaJagaKita

0
23

ALHAMDULILLAH, Cakcibor amat bersyukur dengan pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai Lanjutan Moratorium Bersasar baru-baru ini.

Pengumuman ini merupakan satu berita baik buat golongan yang masih terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac lalu, susulan Covid-19.

Mungkin ada antara pembaca artikel ini yang turut terjejas sumber pendapatan akibat tempoh PKP haritu, dan Cakcibor harap pengumuman ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban yang anda hadapi.

Tapi, itulah, keadaan masih belum pulih sepenuhnya, dengan angka pesakit Covid-19 baharu masih terus diumumkan.

Dan ada pulak insan-insan degil yang masih tak faham bahasa apabila diarahkan kuarantin diri. Masih juga nak melata di sana sini, hinggakan wujud pula kluster-kluster baharu pandemik ini.

Moga pihak berkuasa dapat ajar puak-puak ni sampai ‘faham bahasa’.

Kerajaan sudah melakukan sebaiknya, bermacam-macam inisiatif dan langkah telah diambil bagi mengekang Covid-19 dan meringankan impak yang dibawa pandemik tersebut. Berkesan atau tidak, hanya masa yang akan menentukan.

Kita sebagai anggota masyarakat, perlu juga galas tanggung jawab dalam mengekang penularan pandemik ini.

Dan pada ketika tibanya nanti waktu pasca Covid-19, tanggung jawab kita juga untuk kembali membina ekonomi dan struktur masyarakat sebaik mungkin supaya kita dapat bangun sebagai sebuah negara yang berjaya.

Tugas dan tanggung jawab ini adalah di bahu saya, anda, dia dan mereka; pada bahu kita semua.

Sendiri mau ingatlah…

p/s Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua pembaca Malakat Tribune

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here