Lin Dan umum persaraan

0
55

CYBERJAYA – Juara Olimpik dua kali dari China, Lin Dan mengumumkan persaraan beliau dari arena badminton, hari ini.

Menurut laporan portal Firstpost, Lin Dan, 37, muncul juara acara individu dalam dua temasya Olimpik, di Beijing pada 2008 dan London (2012).

Pada zaman kemuncaknya, keupayaan Lin Dan memang sukar digugat, dan sebagai bukti, beliau menjuarai kejohanan dunia sebanyak lima kali.

“Saya telah mendedikasikan segalanya untuk sukan.

“Dan pada waktu sukar, saya ditemani oleh keluarga, para jurulatih, rakan sepasukan dan para peminat,” kata Lin Dan.

“Saya sekarang sudah berumur 37 tahun, dan tahap fizikal dan kesakitan (akibat kecederaan selama ini) sudah tidak membenarkan saya untuk sama-sama berjuang dengan rakan sepasukan lagi,” katanya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here